14 April 2011

WAWASAN 2020 - REALITI ATAU ANGAN-ANGAN?

Oleh : kayurapuhmanggapatah@yujisasau

Selepas Bapa Pemodenan, Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri, Tun Abdullah pula mencetuskan perjuangan Islam Hadhari. Kini, slogan 1Malaysia dilaung-laungkan di bawah tampuk pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak. Apa pula mesej yang bakal disampaikan dalam teraju utama perjuangan ini?

Mereka (Perdana Menteri) mempunyai misi dan ideologi tersendiri dalam memacu negara pada era pemerintahan masing-masing. Jelas sekali mereka mempunyai cita-cita mahu mencipta sesuatu yang dapat menggambarkan identiti atau ‘trademark’ tersendiri ketika menerajui negara. Umum pasti tahu siapa ‘dalang’ utama di sebalik cetusan idea bernas Wawasan 2020 iaitu Tun Dr. Mahathir dalam misi jangka panjangnya yang telah diperkenalkan pada 28 Februari 1991. Kini hanya berbaki 9 tahun untuk kita lihat hasilnya. Mampukah negara mencapainya? Masih relevankah perjuangan ini?



Daripada perspektif ekonomi, Malaysia perlu menghadapi banyak cabaran untuk mencapai Wawasan 2020 memandangkan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Perlu diingat bahawa misi untuk menjadi negara maju pada tahun 2020 akan tercapai dengan mempertahan dan menambah segala perkara yang kita telah perolehi. Jangan asyik mengejar kemajuan sehingga leka dengan kesan buruk yang mungkin berlaku dan boleh mewujudkan bencana alam atau dalam erti kata sebenarnya membawa kehancuran kepada negara ibarat kata pepatah ‘Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’.

Malaysia banyak belajar daripada setiap tragedi yang melanda dunia. Tahun 1998 merupakan ujian yang paling mencabar bagi negara kita kerana ekonomi dunia meleset dengan teruk. Impian untuk Malaysia menjadi negara maju pada tahun 2020 hampir musnah ketika itu tetapi Malaysia tetap teguh dan dapat bertahan walaupun banyak institusi daripada pelbagai sektor terpaksa memberhentikan ramai pekerja mereka.

Pada tanggal 28 Februari 2010, Datuk Seri Najib Razak telah membuat pengumuman bahawa Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun tersebut telah melebihi sasaran awal kerajaan iaitu sebanyak 6 peratus. Tahun ini (2011) pula diramalkan akan mengalami kenaikan sebanyak 5 hingga 5.5 peratus. Nilai ini diakui tinggi jika dilihat daripada perspektif pertumbuhan ekonomi negara. Tetapi, ia tidak bermakna Malaysia berada di zon selamat kerana keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dan sukar diramalkan.

Sejak kebelakangan ini, banyak pergolakan yang tercetus dan terbaru ialah di Timur Tengah dan Afrika Utara. Pasaran saham dunia termasuk Malaysia diramal terus mengalami kejatuhan sekiranya pergolakan politik tersebut berlarutan dan keadaan akan lebih terjejas sekiranya ia membabitkan lebih banyak negara pengeluar minyak.

Selain daripada pergolakan yang berlaku, bencana alam juga boleh menjadi punca keadaan ekonomi dunia terganggu tambahan pula negara yang mempunyai pengaruh besar terhadap ekonomi dunia. 11 Mac baru-baru ini kuasa besar ekonomi dunia iaitu Jepun dilanda gempa bumi dan menyebabkan tsunami. Ia telah memusnahkan kira-kira 500 kilometer pantai Jepun termasuk letupan loji nuklear yang kini membawa kesan pencemaran radiasi nuklear.



Malaysia perlu mengambil iktibar dan belajar daripada tragedi yang telah melanda negara lain agar lebih bersiap sedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan. Menurut Pensyarah Ekonomi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Amir Hussin Baharuddin, Malaysia bernasib baik kerana mempunyai sumber kepentingan yang boleh diguna pakai untuk kepentingan negara antaranya sektor pertanian, perikanan, perindustrian dan cari gali minyak. Hal ini dapat membantu Malaysia mengekalkan kestabilan ekonomi di samping menjadi tempat ‘selamat’ bagi pelabur asing.

Tambahnya lagi, nilai eksport dan import negara akan menurun akibat bencana di Jepun tetapi tidak memberikan kesan jangka panjang. Begitu juga dengan pergolakan yang berlaku di Timur Tengah dan Afrika Utara, ia hanya memberikan kesan jangka pendek kepada Malaysia. Institusi tempatan mampu mempertahan nilai pasaran saham dan kemungkinan besar tiada krisis berpanjangan akan berlaku lagi.

Dr. Saidatulakma Mohd, Pensyarah Ekonomi di Universiti Sains Malaysia (USM) berpendapat bahawa kesan jangka pendek yang mungkin dihadapi oleh Malaysia ialah kenaikan kadar inflasi. Bencana yang telah melanda di Jepun contohnya menyebabkan banyak syarikat Jepun menutup operasi perniagaan dan ia akan mengganggu penawaran barangan dan sekiranya permintaan melebihi penawaran, sudah pasti ia akan meningkatkan harga barangan di pasaran.

Dalam keadaan berjaga-jaga daripada faktor luaran yang mungkin akan mempengaruhi ekonomi negara, faktor dalaman juga sebenarnya boleh menggugat impian untuk menjadi negara maju pada tahun 2020. Tun Dr Mahathir Mohammad iaitu pengasas Wawasan 2020 juga telah menyuarakan pendapat beliau dalam satu artikel Utusan Online bertarikh 30 September 2010 bahawa jika Malaysia mahu mencapai impian tersebut, beberapa strategi perlu dilaksanakan.

“Bagaimanapun, Malaysia masih mampu mengejar impian itu jika kerajaan sanggup untuk melaksanakan beberapa perubahan penting, antaranya mengurangkan pelaburan langsung asing (FDI),” katanya semasa menyampaikan ucapan penutup di Forum CEO 2010. Jika kita perhatikan, FDI tidak lagi releven buat masa sekarang kerana negara hanya mendapat 10 peratus perolehan daripada pelabur asing di samping meningkatkan aliran keluar wang dari negara kita.

Menurut Tun Dr. Mahathir, Malaysia memperkenalkan strategi tersebut untuk mengatasi masalah pengangguran ketika kemelesetan ekonomi dahulu tetapi kini tidak lagi ia begitu efektif. Jika masih mengamalkan strategi ini lagi, dikhuatiri akan membawa lebih banyak kesan negatif kepada negara terutamanya dari perspektif ekonomi.

Perkara sama pernah dikatakan olehnya dalam temubual bersama Majalah Jutawan pada Mei tahun lalu. Apabila ditanya tentang Wawasan 2020, beliau secara terus terang berasa tidak yakin negara akan mencapai misi tersebut dan hanya berkemungkinan 30 peratus sahaja yang negara mampu capai.

Katanya, “Jika kerajaan tetap komited mahu mencapainya, kita perlu tukar pendekatan dan jangan terlalu bergantung kepada pelaburan langsung asing (FDI). Sekarang FDI sudah tidak relevan. Kalau ada pun kebanyakannya di negara China dan Vietnam yang jauh lebih rendah kos pengeluarannya”.

Beliau memberikan contoh dua negara iaitu Jepun dan Korea yang sanggup untuk melabur demi memperolehi teknologi moden melalui kemudahan kewangan yang turut dibantu pihak kerajaan. Selain itu, bantuan serta polisi perlindungan yang telah diberi mengukuhkan dan menguatkan institusi terbabit.

Jadi, beliau telah mencadangkan supaya pelaburan langsung domestik (DDI) perlu dilaksanakan. Hal ini kerana institusi tempatan kini mampu membantu mengukuhkan kedudukan ekonomi negara dan terbukti ketika ekonomi dunia sedikit goyah akibat pergolakan yang berlaku di Timur Tengah dan bencana alam yang menimpa Jepun.

“Ada satu syarikat pembuat kapal tempatan yang mengeksport kapal ke seluruh dunia termasuk Norway tetapi tidak pernah menerima tempahan dari negaranya sendiri, kerajaan patut melihat kepada kes-kes sebegini,” katanya.

Tetapi berlainan pula pendapat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang dilaporkan oleh wartawan Utusan semasa sesi soal jawab Forum CEO 2010. Beliau menegaskan bahawa kerajaan sangat selektif terhadap FDI, hanya pelaburan yang berkualiti sahaja akan diterima dan sedang dalam melaksanakan perubahan kepada lanskap ekonomi dengan memperkenalkan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP).

Penyumbang utama dalam KDNK tahun lalu ialah hasil ETP yang memberikan kesan positif yang merangkumi Model Ekonomi Baru (MBE), 12 bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), 8 Inisiatif Pembangunan Strategik (SRI) dan 131 Projek Penggerak Ekonomi (EPP).

Tahun ini, sebanyak RM67 bilion telah dilaburkan di bawah ETP dalam melaksanakan 19 lagi projek. Usaha ini bukan sahaja akan menjana Pendapatan Negara Kasar (GNI) sebanyak RM36 bilion tetapi turut menyediakan 35 ribu peluang pekerjaan baru.

Persoalan yang timbul ialah sejauhmanakah strategi tersebut dapat membantu negara mencapai sasaran untuk menjadi negara maju penuh pada tahun 2020 kelak?

Usaha yang telah dilaksanakan kerajaan diharap mampu merealisasikan impian setiap rakyat Malaysia untuk hidup dalam negara yang diiktiraf sebagai negara maju. Kerajaan tidak boleh leka dengan pencapaian sedia ada dan tidak boleh sekali-kali angkuh. Rakyat juga harus berubah dan belajar dari kesusahan generasi terdahulu dalam membangunkan negara.
“Kita perlu ubah sikap dan nilai diri kita. Hargai apa sahaja yang boleh menyumbang kepada kejayaan kita. Umpamanya kalau kita selalu memilih cara yang mudah hasilnya nanti kita akan gagal. Begitu juga jika kita tidak ubah sikap, kita tentunya tidak akan berjaya”
— Tun Dr. Mahathir Mohamad
“Setakat ini boleh dikatakan Malaysia tidak akan menghadapi masalah untuk menjadi negara maju penuh tahun 2020. Jika tidak tercapai sekalipun, tidak bermakna kita salah tetapi barangkali harapan tersebut terlalu tinggi”
— Prof Amir Hussin Baharuddin
“its a legal product, i choose to smoke. leave me alone”
— john boehner

09 Februari 2011

Aku Tak Mahu Kahwin Kau Sebab Kau Kurang Pandai

kau...
kau gadis jelita...
lawa...
macam angelina...
jolie...
membuat hatiku...
ini...
jadi gundah gulana...

siapa yang memandang...
kamu...
akan terlanggar tiang...
lampu...
wajahmu rupawan...
jambu...
hilang pertimbangan...

kau...
ku suruh beli roti...
kau bawak balik baldi...
bingai...
kau kata ku yang pesan...
bile??
sekarang ku kelaparan...

kau...
buat ku sakit hati...
ahh...
memasak pun kau tak reti...
pui!!!
lagi kau ada hati....
eh...eh...
jadi aku punya bini...

sayang....
kau memang tak boleh pakai...
processor mu terbengkalai...
lain yang ku minta lain pula yang sampai...
kau kurang pandai...
tapi...
otakmu tak boleh pakai...
processormu terbengkalai...
aku tak mahu kahwin kau...
kerna kau kurang pandai...
kau kurang pandai..

12 Oktober 2009

kualiti or kuantiti

ble bckp psl blog, smua org ngaku ad blog. tp yg buat ak pelik adlh ap isi blog tu. ad yg nk cite ulat, sampah, bulu n etc. ad org kate if blog ni bbntk ilmiah org ske tp ad gak tarikn baru....bnd yg ak mksdkn adlh sesi ngumpat or kutok-mngutok~ ak bkn la ap, if org da gne, kang ak xbuat kate ak ktggln plak. knp perlu stiap ari btukar crite? knp smlm lain arini lain? adkh ini game yg kite main tp xmati? stakat nk buat2 baik n amik ati utk 'byr utang'. xperlu kowt smpi mcm tu. manusia besenye blh thn sabar 3 kali klu ikot bacaan ak la...tp ak da thn sabar da 30 kali. so ak pown xphm knp ak stil blh sabar~ stakat byk post tp ap yg ko taip tu xd mkne, baik xpyh ok~

dunia 'plastik'

knp la dunia ni masih byk 'plastik'?? kat tmpt sampah mmg byk plastik tp sbnrnye ad 'plastik' yg kite xnmpk. dunia pnoh dgn kepura2an adlh satu keadaan yg amat mnjengkelkn ak. idop yg bgelumang dgn sifat lagak n gaya smmgnye xkn bawa kite ke mne2 pown sbb langit tetap kite junjung n bumi tetap kite pijak. manusia yg hipokrit xkurang hebatnye melanda dunia 'plastik' yg kononnya asing dr dunia realiti tp sbnrnye dunia 'plastik' ciptaan manusia kolot perlu disalur ke lobang jamban. btapa hina manusia yg mnjd plakon murahan xbergaji dn tanpa segan silu tetap mninggi diri. kemahiran yg dikatakn dipunyai xdignekn sebaik mgkn tp hny skadar mahu isi hawa telinga yg agak dah naik pekak dgr omong kosong drpd mulut kasut yg xblh tertutop rapi. sememangnye hukuman xkn dpt didik manusia 'plastik' ini tetapi dia sndr yg akn mghukum manusia lain disekelilingnya tanpa beliau sedari yg beliau pnh mngatakn dunia 'plastik' yg diciptanya hny dihuni oleh beliau sje. sifat jijik yg xpnh luntur xkn mati ibarat saka yg xbertuan, mencari mangsa dimne2 utk mndpt kbaikan dn ingatlh bahawa hargai ap yg anda sudah miliki dn kecapi pd saat ini.